Saturday 7 May 2011

Kalian Yang Bernama Ibu, Atau Bakal Ibu Bapa

Hari Ibu?

Aku tak pernah menyambutnya. Masa aku sekolah rendah, aku tak faham kenapa ramai kawan-kawan aku membeli bunga. Kata mereka untuk menghadiahkan pada ibu mereka. Bukan sahaja hari ibu, hari bapa dan juga pada hari guru.

Aku yang masih tak faham hanya melihat.
Ya, aku tak mampu membeli bunga yang berharga RM2.
Sehingga sekarang, aku tak pernah menyambutnya. Apatah lagi berkata ‘I love U’ pada mak aku.




Sejak aku kecil, aku banyak berfikir tentang kekeluargaan.  Kali terakhir parent aku datang mengambil repokad aku masa aku darjah dua. Sampai sekarang, mereka tidak lagi pernah datang. Mesyuarat PIBG, hari sukan semuanya lagi jangan ditanya.
Termasuk ketika aku konvo.  Tak. Mereka tak datang. Mujur pak cik aku sanggup datang bersama dengan kesayangan aku.


Itu sebab aku malas mahu mengingat. Kerana ianya sangat menyakitkan. Aku malas mahu berfikir, malas mahu terasa…orang lain semuanya datang dengan keluarganya. Aku?


Tak apa. Aku cuba untuk memujuk hati aku.

Sedari kecil aku sentiasa memujuk hati aku.
‘Mereka sibuk.Ya, mereka mencari duit untuk aku, kami sekeluarga. ’

Jadi, aku sangat malas untuk mengingat tentang mereka. Jujur aku katakan, setiap kali aku teringatkan mereka, airmata ku sering tumpah. Aku akan menangis teresak-esak. Aku tak tahu bagaimana mahu mengawalnya. Sampai sekarang pun.

Dan, aku sering cemburu pabila melihat kawan bercerita tentang emak mereka. Sangat gembira bila mereka mendapat layanan sangat istimewa sewaktu sakit dan ketika peperiksaan.
Aku hanya diam.

Mereka selalu berkata masakan mak adalah masakan yang terbaik.
Tapi aku tak pernah ingat langsung masakan mak aku. Kali terakhir mak masakan untuk aku waktu bila ya? Aku sekolah menengah? Sekolah rendah? Atau ketika aku tadika?

Mungkin ketika aku darjah dua, mungkin. Aku pun tak ingat, bila kali terakhir mak duduk di dapur menyediakan makan untuk kami. Bukan kerana mak aku tak reti memasak. Jangan kata lauk, segala macam kuih basah macam karipap dan sewaktu dengannya, kuih raya pun mak aku tahu buat. Cakap saja, kuih bahulu, kuih sepit, lidah buaya, semprit. Semuanya mak aku mahir. Tapi…sejak mereka mula berniaga di luar kawasan…semuanya berubah.




Mereka tiada masa langsung untuk kami. Jenguk kami pun dalam dua hari seminggu. Terkadang berbulan-bulan. Langsung tidak membuat panggilan, mengatakan mereka rindu pada kami. Tak. Tak pernah.

Sedangkan pelajaran kami pun mereka tidak ambil pusing. Mereka tak pernah kisah kami dapat nombor berapa pun. Aku sangat teringin untuk dipaksa ke sekolah. Dipaksa untuk belajar. Tapi aku tak pernah dapat…

Ya. Aku sangat ketandusan kasih sayang. Mungkin hingga sekarang. Sekarang juga aku sering memujuk hatiku.

‘Aku sudah dewasa. Bukan lagi anak kecil. Aku tak perlukan itu lagi.’

Kenyataan itu pahit. Kau semua tak akan faham. Tak. Jangan memujuk aku mengatakan kau sangat memahami aku.

Tak apalah.

Walau pun mak aku tak pernah tahu tentang persaan aku. Tak apa. Aku sudah terbiasa.

Mungkin ini dapat dijadikan rujukan pada semua ibu bapa. Jadilah ibu bapa yang baik. Walau sesibuk mana pun. Luangkan masa bersama. Keluarga paling utama. Tiada nilai dapat menggantikan mereka. Jangan kau ingat duit yang lebih kau berikan pada anak kau cukup untuk menggantikan kasih sayang yang abaikan. Tak. Ketahuilah, ianya tak cukup dan tak akan pernah cukup.



Jangan bila dah tua, baru mahu mengeluh, kenapa anak kau tak mahu menjenguk kau. Mereka hanya memberi duit yang lebih juga sebagai pengganti perhatiannya. Tapi, bila kau sudah tua, duit yang banyak apakah ianya penting lagi? Pada ketika itu, baru kau sedar...mana lebih bernilai.




Terutamanya pabila kau semakin nazak. Jangan pada ketika itu, kau hanya tahu menyalahkan anak kau…tapi fikirlah apa yang pernah kau beri dan lakukan pada suatu ketika dahulu. 


Tak, aku tak berdendam. Aku cuma berokngsi apa yang aku rasa, fikir dan kesannya.


Moga kau semua lebih menghargai keluarga kau. Ingat, duit dan semua kemewahan ini tak ke mana. Tapi jika kau kehilangan zuriat kau...inilah yang diperkatakan rugi.


Selamat Hari Ibu.


Friday 6 May 2011

Mahu Blogwalking


Ini hanya entri sampah.

Aku masih baru di dunia maya ini. Terima kasih pada yang  datang, baca dan rajin bagi pendapat.
Aku hargainya. 

Kalau kau semua tak keberatan, sudikanlah kongsi mana-mana blog yg boleh aku jelajah. Mahu promote blog kau pun tak apa. Nanti, boleh aku letak kan di senarai blog disebelah kanan.

Tapi, kalau aku tak follow, harap tak kecil hati. Trimas.

Wednesday 4 May 2011

Happy Ending Atau Sad Ending?


Kau percaya pada ‘Happy Ending’ dalam hidup kau?


Maaf, aku tak percaya. Bagi aku gembira dan sedih itu datang bersilih ganti. Memang benar telahan orang tua-tua.

Jangan terlalu banyak ketawa, esok kau pasti akan menangis.

Aku percaya. 

Aku mula sedarinya di sekolah menengah. Bila terlalu banyak bergurau dan ketawa tak henti-henti dengan rakan, kemungkinan malam itu aku akan menangis teruk. Kadang-kadang ianya tanpa punca yg pasti. 


Yang nyata, aku ingin merembeskan airmata pada saat itu.  Mungkin perubahan hormon. Mungkin juga.





Jadi, aku tak percaya akan Happy atau Sad ending dalam kehidupan sebenar. Kau tahu bagaimana yg diperkatakan Happy Ending?

Apakah dengan mengahwini jejaka/wanita kesayangan itu dikira Happy Ending?




Sad Ending kah bila kau kematian orang yg kau sayang?

Apakah hidup kau bahagia selamanya setelah kau memiliki apa yg kau nak dan hidup kau berakhir setelah kau kehilangan sesuatu?


Aku mengambil pengajaran dengan melihat penceraian ibu bapa aku. Setelah hidup bersama hampir 30 tahun, akhirnya mereka bercerai.

Kahwin itu bukan satu jaminan.


Gembira dan sedih itu datang bersilih ganti. Tak kira ianya sepicing pun tapi ia tetap hadir. Sehingga kau menutup mata. Jadi, tiada istilah Happy Ending mahupun Sad Ending.


 ‘Kita bermula dengan null, dan akan berakhir juga dengan null’


Itu lumrah yang kau dan aku kena hadapi.