Friday 5 August 2011

Momen.

Kita selalu rindukan kenangan lalu. Lantas mengabaikan detik ini. Kita menyesal dan meratapi dengan kesilapan yang lalu. Ya, mungkin jika ada yang indah, sudah pasti ada yang pahit, bukan.

Tanpa kita sedari detik ini sebenarnya yang lebih berharga. Pabila kita tersedar dan kemudian kejadian itu berulang lagi.

Mengingati masa lalu yang telah kita abaikan...



Pernahkah bertanya pada diri sendiri, sampai bilakah kita harus begini? Sampai bila asyik merenung masa silam yang telah tercatat dalam diari hidup kita?


Saturday 7 May 2011

Kalian Yang Bernama Ibu, Atau Bakal Ibu Bapa

Hari Ibu?

Aku tak pernah menyambutnya. Masa aku sekolah rendah, aku tak faham kenapa ramai kawan-kawan aku membeli bunga. Kata mereka untuk menghadiahkan pada ibu mereka. Bukan sahaja hari ibu, hari bapa dan juga pada hari guru.

Aku yang masih tak faham hanya melihat.
Ya, aku tak mampu membeli bunga yang berharga RM2.
Sehingga sekarang, aku tak pernah menyambutnya. Apatah lagi berkata ‘I love U’ pada mak aku.




Sejak aku kecil, aku banyak berfikir tentang kekeluargaan.  Kali terakhir parent aku datang mengambil repokad aku masa aku darjah dua. Sampai sekarang, mereka tidak lagi pernah datang. Mesyuarat PIBG, hari sukan semuanya lagi jangan ditanya.
Termasuk ketika aku konvo.  Tak. Mereka tak datang. Mujur pak cik aku sanggup datang bersama dengan kesayangan aku.


Itu sebab aku malas mahu mengingat. Kerana ianya sangat menyakitkan. Aku malas mahu berfikir, malas mahu terasa…orang lain semuanya datang dengan keluarganya. Aku?


Tak apa. Aku cuba untuk memujuk hati aku.

Sedari kecil aku sentiasa memujuk hati aku.
‘Mereka sibuk.Ya, mereka mencari duit untuk aku, kami sekeluarga. ’

Jadi, aku sangat malas untuk mengingat tentang mereka. Jujur aku katakan, setiap kali aku teringatkan mereka, airmata ku sering tumpah. Aku akan menangis teresak-esak. Aku tak tahu bagaimana mahu mengawalnya. Sampai sekarang pun.

Dan, aku sering cemburu pabila melihat kawan bercerita tentang emak mereka. Sangat gembira bila mereka mendapat layanan sangat istimewa sewaktu sakit dan ketika peperiksaan.
Aku hanya diam.

Mereka selalu berkata masakan mak adalah masakan yang terbaik.
Tapi aku tak pernah ingat langsung masakan mak aku. Kali terakhir mak masakan untuk aku waktu bila ya? Aku sekolah menengah? Sekolah rendah? Atau ketika aku tadika?

Mungkin ketika aku darjah dua, mungkin. Aku pun tak ingat, bila kali terakhir mak duduk di dapur menyediakan makan untuk kami. Bukan kerana mak aku tak reti memasak. Jangan kata lauk, segala macam kuih basah macam karipap dan sewaktu dengannya, kuih raya pun mak aku tahu buat. Cakap saja, kuih bahulu, kuih sepit, lidah buaya, semprit. Semuanya mak aku mahir. Tapi…sejak mereka mula berniaga di luar kawasan…semuanya berubah.




Mereka tiada masa langsung untuk kami. Jenguk kami pun dalam dua hari seminggu. Terkadang berbulan-bulan. Langsung tidak membuat panggilan, mengatakan mereka rindu pada kami. Tak. Tak pernah.

Sedangkan pelajaran kami pun mereka tidak ambil pusing. Mereka tak pernah kisah kami dapat nombor berapa pun. Aku sangat teringin untuk dipaksa ke sekolah. Dipaksa untuk belajar. Tapi aku tak pernah dapat…

Ya. Aku sangat ketandusan kasih sayang. Mungkin hingga sekarang. Sekarang juga aku sering memujuk hatiku.

‘Aku sudah dewasa. Bukan lagi anak kecil. Aku tak perlukan itu lagi.’

Kenyataan itu pahit. Kau semua tak akan faham. Tak. Jangan memujuk aku mengatakan kau sangat memahami aku.

Tak apalah.

Walau pun mak aku tak pernah tahu tentang persaan aku. Tak apa. Aku sudah terbiasa.

Mungkin ini dapat dijadikan rujukan pada semua ibu bapa. Jadilah ibu bapa yang baik. Walau sesibuk mana pun. Luangkan masa bersama. Keluarga paling utama. Tiada nilai dapat menggantikan mereka. Jangan kau ingat duit yang lebih kau berikan pada anak kau cukup untuk menggantikan kasih sayang yang abaikan. Tak. Ketahuilah, ianya tak cukup dan tak akan pernah cukup.



Jangan bila dah tua, baru mahu mengeluh, kenapa anak kau tak mahu menjenguk kau. Mereka hanya memberi duit yang lebih juga sebagai pengganti perhatiannya. Tapi, bila kau sudah tua, duit yang banyak apakah ianya penting lagi? Pada ketika itu, baru kau sedar...mana lebih bernilai.




Terutamanya pabila kau semakin nazak. Jangan pada ketika itu, kau hanya tahu menyalahkan anak kau…tapi fikirlah apa yang pernah kau beri dan lakukan pada suatu ketika dahulu. 


Tak, aku tak berdendam. Aku cuma berokngsi apa yang aku rasa, fikir dan kesannya.


Moga kau semua lebih menghargai keluarga kau. Ingat, duit dan semua kemewahan ini tak ke mana. Tapi jika kau kehilangan zuriat kau...inilah yang diperkatakan rugi.


Selamat Hari Ibu.


Friday 6 May 2011

Mahu Blogwalking


Ini hanya entri sampah.

Aku masih baru di dunia maya ini. Terima kasih pada yang  datang, baca dan rajin bagi pendapat.
Aku hargainya. 

Kalau kau semua tak keberatan, sudikanlah kongsi mana-mana blog yg boleh aku jelajah. Mahu promote blog kau pun tak apa. Nanti, boleh aku letak kan di senarai blog disebelah kanan.

Tapi, kalau aku tak follow, harap tak kecil hati. Trimas.

Wednesday 4 May 2011

Happy Ending Atau Sad Ending?


Kau percaya pada ‘Happy Ending’ dalam hidup kau?


Maaf, aku tak percaya. Bagi aku gembira dan sedih itu datang bersilih ganti. Memang benar telahan orang tua-tua.

Jangan terlalu banyak ketawa, esok kau pasti akan menangis.

Aku percaya. 

Aku mula sedarinya di sekolah menengah. Bila terlalu banyak bergurau dan ketawa tak henti-henti dengan rakan, kemungkinan malam itu aku akan menangis teruk. Kadang-kadang ianya tanpa punca yg pasti. 


Yang nyata, aku ingin merembeskan airmata pada saat itu.  Mungkin perubahan hormon. Mungkin juga.





Jadi, aku tak percaya akan Happy atau Sad ending dalam kehidupan sebenar. Kau tahu bagaimana yg diperkatakan Happy Ending?

Apakah dengan mengahwini jejaka/wanita kesayangan itu dikira Happy Ending?




Sad Ending kah bila kau kematian orang yg kau sayang?

Apakah hidup kau bahagia selamanya setelah kau memiliki apa yg kau nak dan hidup kau berakhir setelah kau kehilangan sesuatu?


Aku mengambil pengajaran dengan melihat penceraian ibu bapa aku. Setelah hidup bersama hampir 30 tahun, akhirnya mereka bercerai.

Kahwin itu bukan satu jaminan.


Gembira dan sedih itu datang bersilih ganti. Tak kira ianya sepicing pun tapi ia tetap hadir. Sehingga kau menutup mata. Jadi, tiada istilah Happy Ending mahupun Sad Ending.


 ‘Kita bermula dengan null, dan akan berakhir juga dengan null’


Itu lumrah yang kau dan aku kena hadapi.

Monday 18 April 2011

Jangan Ada Benci

Kau semua pernah dengar quote




 Jangan terlalu membenci, kelak bertukar menjadi cinta.

 Dan bagi pendapat aku pula, ianya pasti tidak mustahil jika terjadi pula yang sebaliknya, bukan. Ini sebenarnya telah menakutkan aku dan membuat aku berfikir lalu bermuhasabah diri. Aku tak peduli dengan apa yg kau semua katakan tentang aku. Terpulang, kita semua ada pendapat masing-masing, kan.


Apa yg aku takutkan adalah, aku tersangat sayangkan dia. Kira sayang gilalah. Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia. Aku tak pernah pula berjanji manis sanggup merentas laut samudra dan segala sampahan itu. Aku lebih gemar berjanji pada diriku sendiri. Apa yang aku mampu buat, aku akan usaha selagi boleh. Apa saja. Dia juga begitu. Jadi bila dah sayang gila, ini menakutkan aku. Kerana kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. 5 tahun, 10 tahun hatta 30 tahun akan datang. Apakah aku mempunyai jodoh yg panjang dengan dia? Apakah aku mati dulu? Itu juga aku tak tahu. Tapi aku berfikir, apakah aku atau dia akan setia selagi nyawa kami masih ada? Ini yang membimbangkan aku.


Aku selalu ingatkan diriku, aku mahukan dia setia, jadi aku terlebih dahulu harus setia. Ya, aku harus.

...

Yang sebenarnya, aku mempunyai masalah keluarga. Ini membuatkan aku berasa sedikit tertekan dan berasa malu. Ya, sungguh malu. Tapi aku mahu melempiaskan segalanya di sini. Aku juga tak peduli sama ada kau semua membaca atau tidak. Tak, aku tak peduli. Kalau kau semua baca, ambil teladan ini.


Pada awal tahun lalu, mak memberitahu aku yang dia sedah bercerai dengan ayahku. (Aku tidak tinggal bersama mereka.) Aku berasa terkejut dan kecewa. Sejak tahun lepas lagi, aku ada terdengar dari mulut adiku(dia berada dengan mereka) bahawa mak aku ada skadal dengan lelaki luar. Aku ingatkan adik aku yg jahat mulut, tp bila mak aku tak sudah-sudah menuntut cerai akhirnya ayah aku relakan juga. Aku sedih.


Aku mula berfikir, bagaimana dengan ayahku? Aku tahu, ayah begitu sayangkan mak. Ayah tak sanggup lepaskan mak. Selepas mereka bercerai, ayah memujuk mak mahu merujuk semula. Tapi mak aku tak mahu, lalu dia datang ke tempat aku. Aku hanya mampu diam dan berasa sangat sedih. Paling tak boleh blah bila dia datang ke tempat aku kerana mahu berjumpa dengan adik angkatnya, lelaki. Aku berasa sedikit pelik.


Setelah beberapa hari, mak aku pulang ke sana semula. Baru aku tahu, lelaki yg mak aku jumpa itulah skandalnya. Yang paling aku marah adalah, lelaki itu sudah beristeri dan mempunyai anak. Sudahlah lelaki itu muda lebih 10 tahun dari mak aku. Kau boleh bayangkan perasaan aku pada ketika ini? Itu belum kira ayah aku jauh lebih kacak dari lelaki itu. Bak kata abang aku, sudahlah tiada rupa, jangan katakan harta, kerja pun tak menentu! Tak ke ini akan membebankan mak aku? Dan aku tak boleh terima,bila mak aku kata, mak kenal dengan isteri lelaki tersebut.


Eh, tak ke ini dikira mak aku merampas suami orang?


Panas  tak hati kau jika kau ditempat aku? Tapi aku hanyalah seorang anak! Apakah hak aku? Aku hanya diam walau pun adakalanya aku terkurang ajar sedikit.


Setelah beberapa bulan, mak aku datang lagi berjumpa aku. Kali ini, dia katakan dia sudah menikah dengan lelaki itu.


What???


Seriously, aku marah. Tapi aku malas berkata apa-apa lagi. Aku hanya diam  Walaupun kadang-kadang aku sedikit kurang ajar. Kesayangan aku memujuk aku, agar aku sabar dan sentiasa menghormati mak aku. Jadi, untuk mengelakkan aku menjadi anak derhaka, aku hanya diam. Apa yg mak aku buat, membuatkan aku sukar untuk menghormatinya lagi.



Wednesday 13 April 2011

Kentut Perempuan

Iyela-iyela. kali ni aku akan cerita tak kan lagi tersesat. xP




Nak mula dari mana ya.

Dimulakan dengan bismillah….**eh, ternyanyi pulak xD

Dalam perjalanan balik dari berdating, tiba-tiba ada satu bau yang sangat busuk hingga dalam kereta.

“Bau busuklah.” kataku sambil menutup hidung dengan bajuku.

Kemudian dia pandang aku semacam.**muka macam nak menuduh!

“Ayang kentut, ke?” **tengok, kan aku dah cakap. Aku tak puas hati.

“Eh, ayang angkat buntot pun tak. Bila masa pulak ayang kentut.”

“Bau macam kentut perempuan je.”katanya..

“Berapa ramai kentut perempuan yg abang dah bau, ni?” kata aku sambil ketawa. Sudahlah aku tak pernah kentut depan dia.Lagipun, cuba kalian paham. Dia cakap macam bau kentut perempuan tu seolah-olah dia ni selalu menghidu bau kentut perempuan je.
 
“La…bau kentut perempuankan lain dr kentut laki.”

“Apa bezanya?”

“Adalah bezanya.”

“Hish, memandai je!”

“Betullah. Abang pernah baca. Kentut perempuan lagi busuk dari lelaki sebab perempuan ni jarang berak.”

“Eh, apa pulak! Hari-hari apa, ayang berak!”

“Bila masa ayang berak?” tanya dia.

“Eh, adalah ayang berak. Tak kanlah yang nak citer dengan abang pulak.”

"Eleh, ayang tak payahlah. Abang tau."

"Hah, yela-yela. Ayang yang kentut, kan." aku sengaja berkata begitu. 

"Kan, betul. Ayang yang kentut. Kalau mengaku dari tadi, kan senang."

"Abang percaya ayang kentut? Tempat tadi tu, memang busuklah. Hish, benciiii!!!!" kataku.


Adegan seterusnya, aku malas nk citer. Haruslah adegan tarik-tarik muncung, dan membahan berterusan. Jenis masing-masing tak mahu kalah.



Tuesday 12 April 2011

Surprise Kadangkala...



Aku dan dia sudah pulih, bagaimana? seperti biasa, bila dia sudah tersepit, akhirnya dia mencari aku.Dia berasa sangat malu. Ye, yang teramat. Tapi aku tak kisah,sebab aku cuba untuk paham situasi dia. Aku percayakan dia kerana aku sudah lihat semuanya tentang dirinya. Jadi, aku letakan kepercayaan aku padanya. Kalau dia menipu pun aku boleh tahu. 


Misalnya, bila aku telefon katanya di rumah, tapi aku tahu bunyinya seperti dalam kereta. Tahu-tahu dia berada di rumahku memberi kejutan. Haruslah aku suka. 

Tips Utk Lelaki : Cukup anda beri surprise sebegini tanpa memberi bunga, sudah menggembirakan hati pasangan anda. Tapi kalau bagi coklat, lagi besar senyum dia tu. xDDD

AWAS : Kadang-kadang surprise sebegini juga boleh mendatangkan isu panas.

Pernah satu hari minggu, aku temankan kawan abang aku menghantar abang aku ke bus stop, memandangkan kawan abang+abang aku tak tahu di mana bus stop utama, jadi aku terpaksa temani mereka sebagai petunjuk arah.

Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba dia mesej aku tanya aku buat apa dsb. Aku yang terlupa nak menghantar report kepada dia, dgn jujur nya aku mesej pergi hantar abg aku ke bus stop. Dia sudah mula bertanya dengan siapa dsb. 

“Kenapa bila tanya baru nak bagitahu?Abis kalau tak tanya, tak tahulah?”

Pertanyaannya penuh dengan syak-wasangka. Bila aku keluar kereta, aku terus masuk bilik, dan telefon dia. Seperti biasa, dia tak angkat. Aku mesej…tak lama kemudian dia jawab, dia sudah parking depan rumah aku dari dia mesej aku lagi.**Dia parking agak jauh sedikit dari rumah aku. Dan aku pun tergesa-gesa nak masuk rumah jadi langsung tak perasan kereta dia. Dia kata, dia nampak aku keluar kereta dengan lelaki!**kawan abang aku.

Seperti biasa, berhari-hari dia tak layan aku. 

Dan aku rasa kecewa sangat. Hanya kerana aku terlupa bagi report, dia syak aku. Dan yg sangat aku kesian, sudahlah dia datang jauh-jauh**perjalanan dari rumah dia ke rumah aku lebih sejam.**
Elok-elok dia nak surprise kan aku, dia pula yg dapat surprise. T T


p/s : Choi! Sebenarnya aku nak cerita pasal topik lain.