Monday 18 April 2011

Jangan Ada Benci

Kau semua pernah dengar quote




 Jangan terlalu membenci, kelak bertukar menjadi cinta.

 Dan bagi pendapat aku pula, ianya pasti tidak mustahil jika terjadi pula yang sebaliknya, bukan. Ini sebenarnya telah menakutkan aku dan membuat aku berfikir lalu bermuhasabah diri. Aku tak peduli dengan apa yg kau semua katakan tentang aku. Terpulang, kita semua ada pendapat masing-masing, kan.


Apa yg aku takutkan adalah, aku tersangat sayangkan dia. Kira sayang gilalah. Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia. Aku tak pernah pula berjanji manis sanggup merentas laut samudra dan segala sampahan itu. Aku lebih gemar berjanji pada diriku sendiri. Apa yang aku mampu buat, aku akan usaha selagi boleh. Apa saja. Dia juga begitu. Jadi bila dah sayang gila, ini menakutkan aku. Kerana kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. 5 tahun, 10 tahun hatta 30 tahun akan datang. Apakah aku mempunyai jodoh yg panjang dengan dia? Apakah aku mati dulu? Itu juga aku tak tahu. Tapi aku berfikir, apakah aku atau dia akan setia selagi nyawa kami masih ada? Ini yang membimbangkan aku.


Aku selalu ingatkan diriku, aku mahukan dia setia, jadi aku terlebih dahulu harus setia. Ya, aku harus.

...

Yang sebenarnya, aku mempunyai masalah keluarga. Ini membuatkan aku berasa sedikit tertekan dan berasa malu. Ya, sungguh malu. Tapi aku mahu melempiaskan segalanya di sini. Aku juga tak peduli sama ada kau semua membaca atau tidak. Tak, aku tak peduli. Kalau kau semua baca, ambil teladan ini.


Pada awal tahun lalu, mak memberitahu aku yang dia sedah bercerai dengan ayahku. (Aku tidak tinggal bersama mereka.) Aku berasa terkejut dan kecewa. Sejak tahun lepas lagi, aku ada terdengar dari mulut adiku(dia berada dengan mereka) bahawa mak aku ada skadal dengan lelaki luar. Aku ingatkan adik aku yg jahat mulut, tp bila mak aku tak sudah-sudah menuntut cerai akhirnya ayah aku relakan juga. Aku sedih.


Aku mula berfikir, bagaimana dengan ayahku? Aku tahu, ayah begitu sayangkan mak. Ayah tak sanggup lepaskan mak. Selepas mereka bercerai, ayah memujuk mak mahu merujuk semula. Tapi mak aku tak mahu, lalu dia datang ke tempat aku. Aku hanya mampu diam dan berasa sangat sedih. Paling tak boleh blah bila dia datang ke tempat aku kerana mahu berjumpa dengan adik angkatnya, lelaki. Aku berasa sedikit pelik.


Setelah beberapa hari, mak aku pulang ke sana semula. Baru aku tahu, lelaki yg mak aku jumpa itulah skandalnya. Yang paling aku marah adalah, lelaki itu sudah beristeri dan mempunyai anak. Sudahlah lelaki itu muda lebih 10 tahun dari mak aku. Kau boleh bayangkan perasaan aku pada ketika ini? Itu belum kira ayah aku jauh lebih kacak dari lelaki itu. Bak kata abang aku, sudahlah tiada rupa, jangan katakan harta, kerja pun tak menentu! Tak ke ini akan membebankan mak aku? Dan aku tak boleh terima,bila mak aku kata, mak kenal dengan isteri lelaki tersebut.


Eh, tak ke ini dikira mak aku merampas suami orang?


Panas  tak hati kau jika kau ditempat aku? Tapi aku hanyalah seorang anak! Apakah hak aku? Aku hanya diam walau pun adakalanya aku terkurang ajar sedikit.


Setelah beberapa bulan, mak aku datang lagi berjumpa aku. Kali ini, dia katakan dia sudah menikah dengan lelaki itu.


What???


Seriously, aku marah. Tapi aku malas berkata apa-apa lagi. Aku hanya diam  Walaupun kadang-kadang aku sedikit kurang ajar. Kesayangan aku memujuk aku, agar aku sabar dan sentiasa menghormati mak aku. Jadi, untuk mengelakkan aku menjadi anak derhaka, aku hanya diam. Apa yg mak aku buat, membuatkan aku sukar untuk menghormatinya lagi.



Wednesday 13 April 2011

Kentut Perempuan

Iyela-iyela. kali ni aku akan cerita tak kan lagi tersesat. xP




Nak mula dari mana ya.

Dimulakan dengan bismillah….**eh, ternyanyi pulak xD

Dalam perjalanan balik dari berdating, tiba-tiba ada satu bau yang sangat busuk hingga dalam kereta.

“Bau busuklah.” kataku sambil menutup hidung dengan bajuku.

Kemudian dia pandang aku semacam.**muka macam nak menuduh!

“Ayang kentut, ke?” **tengok, kan aku dah cakap. Aku tak puas hati.

“Eh, ayang angkat buntot pun tak. Bila masa pulak ayang kentut.”

“Bau macam kentut perempuan je.”katanya..

“Berapa ramai kentut perempuan yg abang dah bau, ni?” kata aku sambil ketawa. Sudahlah aku tak pernah kentut depan dia.Lagipun, cuba kalian paham. Dia cakap macam bau kentut perempuan tu seolah-olah dia ni selalu menghidu bau kentut perempuan je.
 
“La…bau kentut perempuankan lain dr kentut laki.”

“Apa bezanya?”

“Adalah bezanya.”

“Hish, memandai je!”

“Betullah. Abang pernah baca. Kentut perempuan lagi busuk dari lelaki sebab perempuan ni jarang berak.”

“Eh, apa pulak! Hari-hari apa, ayang berak!”

“Bila masa ayang berak?” tanya dia.

“Eh, adalah ayang berak. Tak kanlah yang nak citer dengan abang pulak.”

"Eleh, ayang tak payahlah. Abang tau."

"Hah, yela-yela. Ayang yang kentut, kan." aku sengaja berkata begitu. 

"Kan, betul. Ayang yang kentut. Kalau mengaku dari tadi, kan senang."

"Abang percaya ayang kentut? Tempat tadi tu, memang busuklah. Hish, benciiii!!!!" kataku.


Adegan seterusnya, aku malas nk citer. Haruslah adegan tarik-tarik muncung, dan membahan berterusan. Jenis masing-masing tak mahu kalah.



Tuesday 12 April 2011

Surprise Kadangkala...



Aku dan dia sudah pulih, bagaimana? seperti biasa, bila dia sudah tersepit, akhirnya dia mencari aku.Dia berasa sangat malu. Ye, yang teramat. Tapi aku tak kisah,sebab aku cuba untuk paham situasi dia. Aku percayakan dia kerana aku sudah lihat semuanya tentang dirinya. Jadi, aku letakan kepercayaan aku padanya. Kalau dia menipu pun aku boleh tahu. 


Misalnya, bila aku telefon katanya di rumah, tapi aku tahu bunyinya seperti dalam kereta. Tahu-tahu dia berada di rumahku memberi kejutan. Haruslah aku suka. 

Tips Utk Lelaki : Cukup anda beri surprise sebegini tanpa memberi bunga, sudah menggembirakan hati pasangan anda. Tapi kalau bagi coklat, lagi besar senyum dia tu. xDDD

AWAS : Kadang-kadang surprise sebegini juga boleh mendatangkan isu panas.

Pernah satu hari minggu, aku temankan kawan abang aku menghantar abang aku ke bus stop, memandangkan kawan abang+abang aku tak tahu di mana bus stop utama, jadi aku terpaksa temani mereka sebagai petunjuk arah.

Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba dia mesej aku tanya aku buat apa dsb. Aku yang terlupa nak menghantar report kepada dia, dgn jujur nya aku mesej pergi hantar abg aku ke bus stop. Dia sudah mula bertanya dengan siapa dsb. 

“Kenapa bila tanya baru nak bagitahu?Abis kalau tak tanya, tak tahulah?”

Pertanyaannya penuh dengan syak-wasangka. Bila aku keluar kereta, aku terus masuk bilik, dan telefon dia. Seperti biasa, dia tak angkat. Aku mesej…tak lama kemudian dia jawab, dia sudah parking depan rumah aku dari dia mesej aku lagi.**Dia parking agak jauh sedikit dari rumah aku. Dan aku pun tergesa-gesa nak masuk rumah jadi langsung tak perasan kereta dia. Dia kata, dia nampak aku keluar kereta dengan lelaki!**kawan abang aku.

Seperti biasa, berhari-hari dia tak layan aku. 

Dan aku rasa kecewa sangat. Hanya kerana aku terlupa bagi report, dia syak aku. Dan yg sangat aku kesian, sudahlah dia datang jauh-jauh**perjalanan dari rumah dia ke rumah aku lebih sejam.**
Elok-elok dia nak surprise kan aku, dia pula yg dapat surprise. T T


p/s : Choi! Sebenarnya aku nak cerita pasal topik lain.

Thursday 7 April 2011

Miss Itu Rindu


 Aku masih belum berbaik dengan dia lagi. Jadi aku perlukan mood seketika.
 

Bukan main lama dia marahkan aku, kan. Ya, dia memang begitu. Bila bergaduh saja, pasti akan ambil beberapa hari untuk dia kembali pulih dengan aku.

Paling cepat, mungkin dalam masa 5 minit, contohnya ketika berdating, dia akan marah, kemudian menyalakan rokok. Dia hirup perlahan-lahan. Kemudian hembus.

Aku? Pastilah menjarakan diri dan memandang ke arah lain, hanya berdiam diri.** pura-pura duduk diam-diam, padahal laju je air tuh meleleh!

Lepas habis dia merokok,  dia akan mengeluh. Kemudian baru adegan pujuk-memujuk.
Mula-mula dia akan pegang tangan aku, diusapnya perlahan.

“Sayang, abang minta maaf. Ya.”

Kemudian diikuti dengan alasan-alasan mengapa dia marahkan aku. Tanpa menuggu alasannya, aku akan terus mendekati dia. Menangis di atas dadanya.

Aku bukannya kisah dengan alasannya. Pasti ada sebab yang membuatkan dia berfikir sebegitu.
Aku terus mengangguk tanpa mendengar apa yang cuba dia sampaikan. Lepas habis dia berhujah, kemudian dikucupnya…tanganku. **tangan, bukan mulut 

Terus aku berasa lega.

… 


Tapi, bila berjauhan begini…pasti dia tak akan membalas satu pun mesejku. Panggilan pula di reject kan.

Bila dia akan reda marahnya? Sampai dia puas, katanya.

Bila begini, aku akan jadi lebih rindu padanya…

Tuesday 5 April 2011

Prasangka


sebelum aku menceritakan lebih lanjut tentang permulaan hubungan kami. biar aku release tension seketika. 





aku sedang terasa dengan dia. hujung minggu lalu, aku berlibur dengan kawan sekolah aku. aku keluar dari pagi. dalam 10 lebih macam tu. dah sampai umah mereka, macam biasa, menuggu mereka bersiap macam apa.aku dah sampai tapi mereka baru nak mandi. mereka siap dalam kol 1 lebih macam tu. faham sajalah perempuan bersiap bagaimana. Kemudian kami pun keluar beramai-ramai, dalam lima orang macam tu. bila dengan kawan biasalah, lepak-lepak, makan, tengok wayang lepas tu makan lagi. pukul lapan malam kita orang gerak balik. 

tiba-tiba dia mesej berbentuk emo, dah malam tak reti nak balik dah ke? lebih kurang ayat dia.
aku reply-lah, tengah on the way balik umah member, kemudian nak amik kereta.**aku park kereta kt rumah kawan

lepas tu dia boleh bantai mesej aku dengan esei. Yang dalam erti kata lain, dia tak percayakan aku. Dia syak aku keluar dengan jantan. dan dia dah tak nak ambil tahu pasal aku lagi. berserta ayat JANGAN GANGGU AKU

aku sentap!**dia tak pernah gunakan perkataan ‘aku’ untuk diri dia.

 hingga hari ini aku masih sedang berusaha memujuk dia. aku tahu, dia risaukan aku. Dia tak gemar aku keluar dan memandu waktu malam. Bahaya katanya, perempuan memandu malam-malam seorang pula tu. Tapi aku rasa, tak patut dia syak aku keluar dengan jantan!


Pernah ada sekali, aku sengaja baca mesej dia. Ada seorang perempuan minat dengan dia. Tapi aku baca, dari cara dia reply, dia macam tak berminat dan yg paling aku tak boleh terima, kenapa bagi alasan memilih untuk bersendirian?

Habis aku ni siapa?

Aku tak sempat tanya dia. Tapi lepas pulang dari berjumpa, baru aku mesej. Yang aku rasa was-was dan aku tak puas hati dengan dia yg hide status dia. Kemudian dia melenting, dia tanya, aku tak kenal dia lagi ke? Apakah dia lelaki yg sebegitu?

Terus aku rasa bersalah. Aku minta maaf dan dia marah dengan aku seperti biasa, berhari-hari. Ini yg aku sangat tak puas hati. Kenapa kalau aku marah sekejap sahaja sudah reda tapi tidak dia? Cukup jika dia berkata ‘maaf’ terus hati aku yg marah menjadi sejuk. Hilang terus api yg marak setinggi gunung itu, sekelip mata.

Aku benci dengan diri aku sendiri. Kenapa hati aku terlalu lembut? Atau dia yg keras hatinya?


Berbalik kepada keemoan dia, aku rasa memang aku sangat tak boleh terima bila dia berprasangka aku keluar dengan jantan! sangat aku tak boleh terima!

sebab, dalam beberapa bulan ni, dia asyik banyak masalah. Tak kira dari sudut apa pun. Tapi aku sentiasa ada untuk dia. Walaupun adakalanya dia berasa segan, tapi aku faham. Jadi, aku tak mahu berkira. Sampai aku sanggup untuk mengorek tabung untuk buat duit belanja aku, pun aku tak kisah. Semuanya kerana dia. Tapi dia boleh tuduh aku ada jantan lain?

Hello, kalau aku ada jantan lain, kenapa aku nak susahkan diri aku. Hanya untuk dia? Kenapa aku selalu bersabar dengan semua permasalahan dia? Tidakkah dia rasa bersalah menuduh aku sebegitu? Tidakkah dia menghargai dengan semua yg pernah aku buat hanya untuk dia?

Pesanan untuk lelaki : Tidak hilang kemaluan [baca : anu] anda, jika meminta maaf dengan seorang perempuan jika sememangnya anda bersalah.

Friday 1 April 2011

Gglit

Bukan main susah aku nak cari idea untuk nama aku sendiri. last-last aku letak gglit je. mungkin singkatan untuk gigi. untuk buat blog ni, aku dah buat emel khas iaitu gigilitter at gmail.sebenarnya aku saja-saja je letak gigilitter sebab aku punya gigi agak berterabur. 


Eh, korang jangan nak bahan sangat. Nak gelak pun sikit-sikit sudahlah. Gigi berterabur ni lah daya penarik. Cuba tengok gigi model cantik dan tersusun. Bosan gila. Bila gigi tak sama, maka ianya nampak adventure, ada nilai yg tak sama dengan orang lain! Unik, bukan!


Aku syak, itulah sebabnya beliau suka kat aku. Sebab gigi? Biar betik!
Nantilah aku cerita. Nak buat kerja. 


8Bubye!