sebelum aku menceritakan lebih lanjut tentang permulaan hubungan kami. biar aku release tension seketika.
aku sedang terasa dengan dia. hujung minggu lalu, aku berlibur dengan kawan sekolah aku. aku keluar dari pagi. dalam 10 lebih macam tu. dah sampai umah mereka, macam biasa, menuggu mereka bersiap macam apa.aku dah sampai tapi mereka baru nak mandi. mereka siap dalam kol 1 lebih macam tu. faham sajalah perempuan bersiap bagaimana. Kemudian kami pun keluar beramai-ramai, dalam lima orang macam tu. bila dengan kawan biasalah, lepak-lepak, makan, tengok wayang lepas tu makan lagi. pukul lapan malam kita orang gerak balik.
tiba-tiba dia mesej berbentuk emo, dah malam tak reti nak balik dah ke? lebih kurang ayat dia.
aku reply-lah, tengah on the way balik umah member, kemudian nak amik kereta.**aku park kereta kt rumah kawan
lepas tu dia boleh bantai mesej aku dengan esei. Yang dalam erti kata lain, dia tak percayakan aku. Dia syak aku keluar dengan jantan. dan dia dah tak nak ambil tahu pasal aku lagi. berserta ayat JANGAN GANGGU AKU
aku sentap!**dia tak pernah gunakan perkataan ‘aku’ untuk diri dia.
hingga hari ini aku masih sedang berusaha memujuk dia. aku tahu, dia risaukan aku. Dia tak gemar aku keluar dan memandu waktu malam. Bahaya katanya, perempuan memandu malam-malam seorang pula tu. Tapi aku rasa, tak patut dia syak aku keluar dengan jantan!
…
Pernah ada sekali, aku sengaja baca mesej dia. Ada seorang perempuan minat dengan dia. Tapi aku baca, dari cara dia reply, dia macam tak berminat dan yg paling aku tak boleh terima, kenapa bagi alasan memilih untuk bersendirian?
Habis aku ni siapa?
Aku tak sempat tanya dia. Tapi lepas pulang dari berjumpa, baru aku mesej. Yang aku rasa was-was dan aku tak puas hati dengan dia yg hide status dia. Kemudian dia melenting, dia tanya, aku tak kenal dia lagi ke? Apakah dia lelaki yg sebegitu?
Terus aku rasa bersalah. Aku minta maaf dan dia marah dengan aku seperti biasa, berhari-hari. Ini yg aku sangat tak puas hati. Kenapa kalau aku marah sekejap sahaja sudah reda tapi tidak dia? Cukup jika dia berkata ‘maaf’ terus hati aku yg marah menjadi sejuk. Hilang terus api yg marak setinggi gunung itu, sekelip mata.
Aku benci dengan diri aku sendiri. Kenapa hati aku terlalu lembut? Atau dia yg keras hatinya?
…
Berbalik kepada keemoan dia, aku rasa memang aku sangat tak boleh terima bila dia berprasangka aku keluar dengan jantan! sangat aku tak boleh terima!
sebab, dalam beberapa bulan ni, dia asyik banyak masalah. Tak kira dari sudut apa pun. Tapi aku sentiasa ada untuk dia. Walaupun adakalanya dia berasa segan, tapi aku faham. Jadi, aku tak mahu berkira. Sampai aku sanggup untuk mengorek tabung untuk buat duit belanja aku, pun aku tak kisah. Semuanya kerana dia. Tapi dia boleh tuduh aku ada jantan lain?
Hello, kalau aku ada jantan lain, kenapa aku nak susahkan diri aku. Hanya untuk dia? Kenapa aku selalu bersabar dengan semua permasalahan dia? Tidakkah dia rasa bersalah menuduh aku sebegitu? Tidakkah dia menghargai dengan semua yg pernah aku buat hanya untuk dia?
Pesanan untuk lelaki : Tidak hilang kemaluan [baca : anu] anda, jika meminta maaf dengan seorang perempuan jika sememangnya anda bersalah.