Monday 18 April 2011

Jangan Ada Benci

Kau semua pernah dengar quote




 Jangan terlalu membenci, kelak bertukar menjadi cinta.

 Dan bagi pendapat aku pula, ianya pasti tidak mustahil jika terjadi pula yang sebaliknya, bukan. Ini sebenarnya telah menakutkan aku dan membuat aku berfikir lalu bermuhasabah diri. Aku tak peduli dengan apa yg kau semua katakan tentang aku. Terpulang, kita semua ada pendapat masing-masing, kan.


Apa yg aku takutkan adalah, aku tersangat sayangkan dia. Kira sayang gilalah. Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia. Aku tak pernah pula berjanji manis sanggup merentas laut samudra dan segala sampahan itu. Aku lebih gemar berjanji pada diriku sendiri. Apa yang aku mampu buat, aku akan usaha selagi boleh. Apa saja. Dia juga begitu. Jadi bila dah sayang gila, ini menakutkan aku. Kerana kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. 5 tahun, 10 tahun hatta 30 tahun akan datang. Apakah aku mempunyai jodoh yg panjang dengan dia? Apakah aku mati dulu? Itu juga aku tak tahu. Tapi aku berfikir, apakah aku atau dia akan setia selagi nyawa kami masih ada? Ini yang membimbangkan aku.


Aku selalu ingatkan diriku, aku mahukan dia setia, jadi aku terlebih dahulu harus setia. Ya, aku harus.

...

Yang sebenarnya, aku mempunyai masalah keluarga. Ini membuatkan aku berasa sedikit tertekan dan berasa malu. Ya, sungguh malu. Tapi aku mahu melempiaskan segalanya di sini. Aku juga tak peduli sama ada kau semua membaca atau tidak. Tak, aku tak peduli. Kalau kau semua baca, ambil teladan ini.


Pada awal tahun lalu, mak memberitahu aku yang dia sedah bercerai dengan ayahku. (Aku tidak tinggal bersama mereka.) Aku berasa terkejut dan kecewa. Sejak tahun lepas lagi, aku ada terdengar dari mulut adiku(dia berada dengan mereka) bahawa mak aku ada skadal dengan lelaki luar. Aku ingatkan adik aku yg jahat mulut, tp bila mak aku tak sudah-sudah menuntut cerai akhirnya ayah aku relakan juga. Aku sedih.


Aku mula berfikir, bagaimana dengan ayahku? Aku tahu, ayah begitu sayangkan mak. Ayah tak sanggup lepaskan mak. Selepas mereka bercerai, ayah memujuk mak mahu merujuk semula. Tapi mak aku tak mahu, lalu dia datang ke tempat aku. Aku hanya mampu diam dan berasa sangat sedih. Paling tak boleh blah bila dia datang ke tempat aku kerana mahu berjumpa dengan adik angkatnya, lelaki. Aku berasa sedikit pelik.


Setelah beberapa hari, mak aku pulang ke sana semula. Baru aku tahu, lelaki yg mak aku jumpa itulah skandalnya. Yang paling aku marah adalah, lelaki itu sudah beristeri dan mempunyai anak. Sudahlah lelaki itu muda lebih 10 tahun dari mak aku. Kau boleh bayangkan perasaan aku pada ketika ini? Itu belum kira ayah aku jauh lebih kacak dari lelaki itu. Bak kata abang aku, sudahlah tiada rupa, jangan katakan harta, kerja pun tak menentu! Tak ke ini akan membebankan mak aku? Dan aku tak boleh terima,bila mak aku kata, mak kenal dengan isteri lelaki tersebut.


Eh, tak ke ini dikira mak aku merampas suami orang?


Panas  tak hati kau jika kau ditempat aku? Tapi aku hanyalah seorang anak! Apakah hak aku? Aku hanya diam walau pun adakalanya aku terkurang ajar sedikit.


Setelah beberapa bulan, mak aku datang lagi berjumpa aku. Kali ini, dia katakan dia sudah menikah dengan lelaki itu.


What???


Seriously, aku marah. Tapi aku malas berkata apa-apa lagi. Aku hanya diam  Walaupun kadang-kadang aku sedikit kurang ajar. Kesayangan aku memujuk aku, agar aku sabar dan sentiasa menghormati mak aku. Jadi, untuk mengelakkan aku menjadi anak derhaka, aku hanya diam. Apa yg mak aku buat, membuatkan aku sukar untuk menghormatinya lagi.



6 comments:

Duniakuabstrak said...

berat masalahmu wahai kawan

sabarlah dan teruskan perjuangan menuntut ilmu dan mendapat pekerjaan yang stabil.

hidup mesti terus jangan diri dan masa depan terabai

Raihana Izzati said...

:)

*hugs*

Jom gi shopping sampai lebam :)

Unknown said...

tak tau nak komen apa..
berat sangat masalah kamu ni..

ghost said...

ayah kamu memiliki lebih dari apa yang skandal mak kamu ada.tapi persoalannya kenapa mak kamu still mau memilih untuk hidup bersama lelaki yg 10 tahun muda dari kamu.

maaf kalau aku cakap secara berterus terang,semua kerna keinginan hati(nafsu)yang tak mampu lagi diberi oleh orang(ayah) yang telah bersama mak kamu selama ini.perlu diingat hubungan tidak boleh didasari oleh cinta semata-mata,tapi peranan seks juga sangat mempengaruhi mentaliti kita.

semoga lebih tabah.mungkin itulah pilihan mak kamu dalam hidup yang sangat singkat ini.

ghost said...

maaf ada typo kat situ....

'still mau memilih untuk hidup bersama lelaki yg 10 tahun muda dari MAK kamu.'

Senget itu seni said...

Assalammualaikummm..walaupon aku baru jepp baca aku amat bersimpati dgn ko,aku harap ko akan tetap tabah yeee pape pon ko jgn jadikan masalah kuarga ko sebagai penghalang bagi diri ko...mari maju derrrr... ^^,