Wednesday 13 April 2011

Kentut Perempuan

Iyela-iyela. kali ni aku akan cerita tak kan lagi tersesat. xP




Nak mula dari mana ya.

Dimulakan dengan bismillah….**eh, ternyanyi pulak xD

Dalam perjalanan balik dari berdating, tiba-tiba ada satu bau yang sangat busuk hingga dalam kereta.

“Bau busuklah.” kataku sambil menutup hidung dengan bajuku.

Kemudian dia pandang aku semacam.**muka macam nak menuduh!

“Ayang kentut, ke?” **tengok, kan aku dah cakap. Aku tak puas hati.

“Eh, ayang angkat buntot pun tak. Bila masa pulak ayang kentut.”

“Bau macam kentut perempuan je.”katanya..

“Berapa ramai kentut perempuan yg abang dah bau, ni?” kata aku sambil ketawa. Sudahlah aku tak pernah kentut depan dia.Lagipun, cuba kalian paham. Dia cakap macam bau kentut perempuan tu seolah-olah dia ni selalu menghidu bau kentut perempuan je.
 
“La…bau kentut perempuankan lain dr kentut laki.”

“Apa bezanya?”

“Adalah bezanya.”

“Hish, memandai je!”

“Betullah. Abang pernah baca. Kentut perempuan lagi busuk dari lelaki sebab perempuan ni jarang berak.”

“Eh, apa pulak! Hari-hari apa, ayang berak!”

“Bila masa ayang berak?” tanya dia.

“Eh, adalah ayang berak. Tak kanlah yang nak citer dengan abang pulak.”

"Eleh, ayang tak payahlah. Abang tau."

"Hah, yela-yela. Ayang yang kentut, kan." aku sengaja berkata begitu. 

"Kan, betul. Ayang yang kentut. Kalau mengaku dari tadi, kan senang."

"Abang percaya ayang kentut? Tempat tadi tu, memang busuklah. Hish, benciiii!!!!" kataku.


Adegan seterusnya, aku malas nk citer. Haruslah adegan tarik-tarik muncung, dan membahan berterusan. Jenis masing-masing tak mahu kalah.



8 comments:

Duniakuabstrak said...

abang kau tak habis khatam ilmu mengenal pasti jenis-jenis kentut lagi tu..keh3




ke memang betul kau kentut? baik ngaku...hahaha

gglit said...

duniaku abstrak : ngek!
jgn ckp ko kaya dgn ilmu tu..ke...ko suka hirup bau kentut?lol

Linglung said...

pesen kaji kentut ni lain macam sikit orang dia..tak pernah lagi gua dengar..

gglit said...

linglung : maknanya....abstrak ni mesti lain macam juga kan.lol

Amir Syahir said...

keh keh keh..mendalam.

Smart Rental Malaysia said...

yeke..org kata busuk atau tak bergantung pd apa yg kita hadam
hikhik

gglit said...

hiro : apa yg mendalam sgt tu?

ladyfw : tu la pasal.pandai je dia buat teori

hentakbelipat said...

aku syak kentut perempuan bau dia ada mcm DKNY ke?